Nabi Harun a.s.

“Pergilah kepada Firaun, sesungguhnya ia telah melampaui batas”.

Nabi Musa berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku, dadaku;

“Dan mudahkanlah bagiku, tugasku;

“Dan lepaskanlah simpulan dari lidahku,

“Supaya mereka faham perkataanku;

“Dan jadikanlah bagiku, seorang penyokong dari keluargaku.

“Iaitu Harun saudaraku;

“Kuatkanlah dengan sokongannya, pendirianku,

“Dan jadikanlah dia turut campur bertanggungjawab dalam urusanku,

“Supaya kami sentiasa beribadat dan memujiMu,

“Dan (supaya) kami sentiasa menyebut dan mengingatiMu;

“Sesungguhnya Engkau adalah sedia melihat dan mengetahui hal ehwal kami”.

Allah berfirman: “Sesungguhnya telah diberikan kepadamu apa yang engkau pohonkan itu, wahai Musa!

(Sekembalinya), Nabi Musa berkata: “Wahai Harun, apakah maniknya yang menghalangmu ketika engkau melihat mereka sesat,

“Daripada menurutku? Adakah engkau ingkar akan suruhanku?”

Nabi Harun menjawab: “Wahai anak ibuku! Janganlah engkau meragut janggutku dan janganlah menarik (rambut) kepalaku. Sesungguhnya aku takut bahawa engkau akan berkata kepadaku: ` Engkau telah memecah-belahkan kaum Bani lsrail sesama sendiri, dan engkau tidak berhati-hati mengambil berat pesananku! ‘ “

“Dan saudaraku – Harun, ia lebih fasih lidahnya daripadaku, maka utuslah dia bersama-samaku sebagai penyokong yang mengakui kebenaranku; sesungguhnya aku bimbang bahawa mereka akan mendustakan daku”.

Allah berfirman: “Kami akan menguatkan tenaga dan daya-usahamu dengan saudaramu (Harun), dan Kami akan memberikan kuasa kemenangan kepada kamu berdua oleh itu mereka tidak akan sampai kepada maksud membahayakan atau mengalahkan kamu. Dengan membawa ayat-ayat keterangan Kami itu, kamu berdua serta pengikut-pengikut kamu akan menang”.